![]() |
| Di pintu masuk sekolah. |
Akhirnya, masa yang ditunggu sudah tiba. Kami telah membuat lawatan ke SK Long Lamai pada 19 hingga 23 Mei 2011. Lawatan pertama ini sangat menarik kerana disertai juga oleh En Shahrir (BPG), Pn Nomi (BPK) dan En Muhsin (BPK). Saya juga telah membawa seorang jurukamera iaitu Abang Mortadza bin Abang Fauzan untuk membantu mendokumentasikan perjalanan kami di sana.
Kami berjumpa di Airport Miri pada pukul 8 pagi kerana perjalanan kami ke SK Long Lamai menggunakan pesawat twin-otter dari Miri ke Marudi dan seterusnya terbang ke Long Banga. Perjalanan udara itu mengambil masa selama 1 jam 10 minit. Sampai di Lapang terbang Long Banga, kami berbincang samada mahu menggunakan jalan air ataupun jalan darat. Jika kami menggunakan jalan darat, kami terpaksa meredah hutan yang tebal dan mungkin mengambil masa yang lama iaitu antara 3-4 jam.(Itu pun belum tentu lagi sampai) Atas sebab terlalu banyak barang yang hendak dibawa, dan atas nasihat guru besar SK Long Banga, kami mengambil keputusan untuk menggunakan perahu. Nasiblah pada masa itu ada 2 perahu tetapi masalahnya kami terpaksa mengambil 1 lagi perahu dari Long Puak kerana keadaan sungai yang cetek dan berbatu (sangat bahaya jika perahu terbalik). Kami terpaksa membayar RM120 untuk 1 perahu bagi satu perjalanan ke Long lamai. (Kira la sendiri RM120 X 3 perahu = ??? :)) Jadi, 3 perahu kami pun bertolak ke Long Lamai.
| Inilah laluan sungai yang kami lalui untuk ke Long Puak sebelum ke Long Lamai |
Inilah video amatur yang saya ambil sepanjang perjalanan
Perjalanan menyusuri sungai ini sangat bahaya. Juru Bot kami sangat berhati-hati semasa membawa bot ini (Al-maklumlah bawa 'orang perintah') Alhamdulillah, kami selamat sampai di jeti SK Long Lama. Jelas terpancar sinar kelegaan tetapi hanya perut sahaja yang berkeroncong minta diisi. Kami berehat sebentar di Dewan Makan SK Long Lamai untuk menyejukkan tekak yang kekeringan sambil berbual mesra dengan warga guru dan staf SK long Lamai, Baram.
| Lega...sampai juga akhirnya. |
Pada petang itu, kami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan sekitar sekolah dan kampung sambil beramah mesra dengan penduduk kampung dan guru sekolah. Apa yang menarik di kampung ini ialah Bola Sepak adalah acara sukan kegemaran penduduk kampung disini. Kali terakhir saya datang ke Long Lamai ialah pada tahun 2005 dan pada tahun 2011 saya dapat lihat aktiviti masa lapang mereka masih sama.
| Pemandangan yang indah diambil dari Kuarters guru. Betapa indahnya mengajar di Pedalaman. |
Saya amat tertarik dengan lanskap sekolah ini. Ini adalah sebahagian gambar yang telah saya ambil.
| Bahasa Melayu: Serai wangi, Bahasa Penan: Peng |
| Bahasa Melayu: Ubi kayu Bahasa Penan: Ubei |
| Murid-murid berhimpun untuk menyanyikan lagu Negaraku sebelum memulakan sesi pembelajaran |
| Murid-murid sedang belajar Bahasa Inggeris. |
Maklumat yang pertama kami perolehi adalah guru-guru yang mengajar matapelajaran kritikal di sekolah ini ialah guru-guru yang non-optionist. mereka tidak mempunyai latar belakang mengajar subjek ini secara langsung atau tidak langsung. Oleh yang demikian, Coaches telah mengambil inisiatif untuk memberi motivasi dan semangat kepada guru-guru ini untuk tidak menjadikan itu sebagai satu alasan untuk tidak mengajar dengan baik. Masa disana digunakan dengan sepenuhnya untuk membantu guru-guru di Sekolah berkenaan. Terasa sekejap sahaja masa berlalu bila berada di sana.
Perjalanan balik kami mengambil peluang untuk menggunakan jalan darat. Terasa 'adventure'nya untuk membawa 3 pegawai BPG merasai jalan darat supaya mereka dapat melihat keindahan negeri Sarawak ini. Kami terpaksa menggunakan 2 kenderaan untuk ke Miri.
Kami bertolak dari Long Lamai pada pukul 1130 pagi dan sampai ke Miri pada pukul 1200 malam. Betapa penatnya perjalanan pada hari itu tetapi terpancar kepuasan yang tidak dapat dijelaskan apabila sudah sampai ke Miri.
| Gambar sepanjang perjalanan balik |
| Pemandangan dari jalan balak. |
| Seperti di Pusat Peranginan...tetapi ini di Ulu Baram. |
Saya akan update lagi maklumat-maklumat perjalanan di dalam blog ini dari semasa ke semasa. Jumpa lagi...
Lawatan kali ke 2 dijangka pada 27 Jun 2011 hingga 2 Julai 2011. Semoga perjalanan ke 2 nanti akan selamat. Insyaallah.
p/s: Sila type 'Long Lamai' dalam youtube untuk melihat video
Jangan lupa hantar laporan SISC :)

No comments:
Post a Comment